Skip to main content

Featured

constant reiteration

Actually I don't even know why I feel all of this, why I feel this heaviness in my chest, like everything feels not right. The urge to just go beyond the thongs that is worse, it's worsening day by day. You know that's it's there in your head  the loudness in this silence. I know there's chances but I don't feel safe at all. I'm still trying, trying my best, and I know it's so stupid because I couldn't talk to anyone, like I was asking for the attention, like whatever I feel it's just another fool need attention.  I'm sorry that actually I try to reach everyone and yet I couldn't do that, I froze myself and the voices really loud in my head, I try to be there for anyone and yet I can't even hold myself, I lost my own grip to grasp the reality and stand where I standing. I lost everything, I just look at myself broken and shattered slowly, and I couldn't even do anything, what the fuck am I sad for? Like seriously I thought I'm

Hidup

Assalammualaikum
rasa macam baru hidup pula harini. Alhamdulilah penulis masih lagi sihat dan diberi hari2 untuk meniti taubat. ngaaaa. kenapa tajuk hidup?? kehidupan, hidup yang lepas, hidup yang kini, hidup yang akan datang. kalau bergantung kepada aku, hidup yang dipilih ialah sejarah.

tahu entri kali ini agak bosan. but who cares. bukan ada orang baca pun. melainkan orang yang aku bagi link blog ni. live your life. hidup jangan berpura-pura. biasalah, aku kalau tulis entri selalunya, berkaitan nak merawat diri. healing process took time. kadang, aku jadi tak redha dengan apa terjadi. nama manusia ni memang tak lepas, manusia tak pernah sempurna.

aku cuba pujuk hati supaya sentiasa cekal, tabah, jangan mudah hancur sangat. aku hargai mereka yang marah aku, yang tegur aku, yang sentiasa dengan aku. sebab aku tahu, dieorang nak aku kuatkan balik semangat aku, dan jangan terlalu berharap pada manusia. In Shaa Allah aku masih lagi dalam proses percubaan. thanks to those always stand by me.

yang aku cuba proses ni, dimana aku kadang terasa aku dikhianati, dah tak boleh nak percaya pada orang lagi. dan adakah itu suatu yang 'normal'?? bagi aku, dah menjadi suatu lumrah dalam hidup aku. dan aku tarak kisah sudah sama pemikiran manusia. dan siapa kata, nak berubah itu mudah?? jalan hijrah yang Allah bagi ujian dalam menguji keimanan umat-Nya. percaya pada Allah.

kadang rasa lebih bagus juga diri ni bersendiri, tapi Allah tak nak kita jauh daripada-Nya. jadi Allah hantar seseorang itu sama ada untuk dijadikan seagai peringatan, ataupun seorang yang akan membawa kita ke jalan Allah. hanya Allah yang tahu. Rasulullah berpesan juga supaya bersahabat.

aku nak minta maaf juga kepada yang mengenali aku, sejak dari kecil, yang baru kenal. terkadang aku terlebih dalam berkata, perbuatan aku, kerana aku juga pernah melalui zaman kesalahan, zaman kejatuhan, belajar daripada kesilapan, dan mengulangi kesilapan yang sama.

aku cuba nak jadi yang terbaik. tapi manusia bukan maksum, tak pernah sempurna. lagi melupakan Allah. adalah sangat sukar. kehilangan yang amat besar. kadang, aku tak mampu berkata, dan aku menjadi pendengar. itu adalah cara aku mengetahui kesilapan aku. mungkin juga aku ni bukan seseorang yang boleh dipercayai lagi.

ini yang dinamakan kifarah kehidupan. belajar daripada kesilapan aiman bani. sayang macam mana pun dengan sahabat, kita tak boleh mengharapkan benda yang sama, melainkan berharap pada Allah. apabila aku dalam masalah, belenggu, kau juga yang ingin tahu, dan aku tak nak juga bebankan orang, tapi apabila aku tidak lagi rapat seperti dulu, kau juga cakap yang aku tak nak kawan dengan kau.

waktu aku jauh daripada kau, jauh dari dunia lama aku, jauh dari dunia luar, aku cuba bangkit, cuba rawat diri sendiri, cuba jadi kuat, dan aku menjauhi sebab aku malu, dengan kau yang sekarang, dan kesalahan yang aku lakukan terhadap kau. aku tak mahu bebankan kau. aku segan dengan diri sendiri. di tempat itu juga, aku belajar Islam, setelah aku jauh daripada Allah.

aku tak salahkan kau apa yang terjadi, sebab semua berlaku ni pun atas dasar diri aku. Allah dah tunjukkan kepada aku, aku bukan cuba untuk jauhi kau. aku cuba perbaiki hubungan persahabatan. sebab aku tahu, hanya aku sorang saja yang selalu rosakkan hubungan ni. aku harap kau faham apa yang aku sampaikan.

kini, aku masih lagi meniti hari yang diberi oleh Allah dalam meyakinkan sendiri diri yang dah rosak. aku kena juga bangkit. kena sador hati kalau nak jadi manusia. aku tahu apa terjadi sekarang, tapi aku tahu juga aku menghadapi kifarah atas kesilapan lama aku. sekarang, bila aku cuba baiki hubungan persahabatan, mana mungkin tiada halangan. dan halangan itu jugalah yang menyebabkan aku jadi susah nak percayakan orang.
dan aku nak selalu ingatkan diri aku, kalau aku cuba jadi yang terbaik, aku tak akan belajar daripada kesilapan aku, dan aku akan musnahkan segalanya. aku percaya dengan perancangan Allah. semua ini telah ditetapkan oleh Allah, ini perjalanan hidup masing-masing.



p/s: kalau bosan baca, boleh sahaja marah. ini hanya pandangan sahaja. coretan untuk mengingatkan diri semula.

Comments

  1. micro titanium trim - Tipico Tipico Tips - Titanium Art
    This welding titanium is our latest entry titanium mig 170 into the #MicroTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTi. aftershokz trekz titanium All you need to know about MicroTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTiTi.€19.99 · titanium nipple bars ‎In ford fusion titanium for sale stock

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts