Skip to main content

Featured

constant reiteration

Actually I don't even know why I feel all of this, why I feel this heaviness in my chest, like everything feels not right. The urge to just go beyond the thongs that is worse, it's worsening day by day. You know that's it's there in your head  the loudness in this silence. I know there's chances but I don't feel safe at all. I'm still trying, trying my best, and I know it's so stupid because I couldn't talk to anyone, like I was asking for the attention, like whatever I feel it's just another fool need attention.  I'm sorry that actually I try to reach everyone and yet I couldn't do that, I froze myself and the voices really loud in my head, I try to be there for anyone and yet I can't even hold myself, I lost my own grip to grasp the reality and stand where I standing. I lost everything, I just look at myself broken and shattered slowly, and I couldn't even do anything, what the fuck am I sad for? Like seriously I thought I'm...

Permulaan Sebuah Semalam

Assalammualaikum

alhamdulilah. alhamdulilah. alhamdulilah. itu saja yang aku mampu sebut. aku rasa sangat bersyukur dengan ujian yang Allah beri, nikmat yang diberi, dan juga kesedihan yang dilalui. semuanya akan bermula dari satu punca yang menyebabkan kita kembali kepada Allah. itulah yang dinamakan tarbiah hidup aku.








aku bangun pagi tu, aku berfikir semula, apakah betul keputusan aku?? apakah betul aku mampu hadapinya?? adakah ini satu cara dalam aku mengorak langkah aku?? masa tu, hanya Allah yang tahu, betapa hati ini ingin menjejak sesuatu yang pasti akan mengubah perjalanan hidup. dan dala perjalanan ke sana, baru aku terfikir, bagaimanakah aku dapat bersama mereka?? aku masih baru, masih lagi merangkak dalam perjalanan ini. berbagai persoalan yang menembak di fikiran.


#################################################################################

sampai saja di Ajlaa Village Resort, di benak hati, Ya Allah, ramai, betulkah ini?? masa tu aku hanya mampu berbual dengan Abang Faiq, yang mungkin melihat aku seperti mencari, termangu masa tu. aku tahu, inilah sesuatu yang baru, walaupun sudah setahun aku cuba bergerak sendiri. dalam mengenali Islam semula. dan dalam masa yang sama, aku anggap tiada apa yang berlaku. tup tup, Allah, mereka semua kelihatan tinggi ilmunya, dan aku hanya mampu senyum untuk menutup gelora jiwa.




waktu terus berjalan, dan aku mula mengorak langkah, apabila mereka cuba menghulurkan salam perkenalan. akhi asrul, PPUKM. aku jadi kekok dalam menghulurkan salam perkenalan, sejak aku di zaman sekolah menengah, sesuatu yang menyebabkan aku berubah daripada seorang yang ceria, menjadi seorang yang menjauhi persahabatan. menjadikan aku seorang yang tak percaya pada manusia lagi. dan hari pertama, dimulakan dengan tilawah Al-Quran. kemudian sarapan bersama ikhwan yang lain.

waktu itu, wujudlah satu perasaan yang sedang mengisi ruang kekosongan hati yang selama ni menapak dihati. ibadur rahman (Al-Furqan 63-77) #penyadoan iman semula. aku tergerak juga ketika dalam mendengar setiap kata akhi luqman. benar, jika kita permudahkan urusan Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita. bagi aku makan dalam talam adalah biasa, namun apa yang tak difikir dek akal, makan sambil menyuap antara satu sama lain dalam menjalinkan ukhuwah. Masha Allah betapa besarnya kurniaan Allah dalam mengetuk pintu hati ini.

namun, apa yang aku sesali sedikit, apabila aku tak dapat untuk berbaik, berkenalan, jalinkan ukhuwah bersama ikhwan yang lain. namun, apa yang aku dapat, aku belajar cara untuk bersatu dalam kelompok ini, kerana mereka dapat menerima, walaupun aku seperti noob dalam perkara macam ni. kami bergerak dalam satu kumpulan, menyokong antara satu sama lain. Ya Allah. inilah mereka yang aku cari selama ini, dalam aku meniti kegelapan.

waktu praktikal bagi menyelamatkan apabila terdaat mangsa banjir merupakan praktikal yang seronok bagi ana. ana dapat berenang sekaligus dapat ilmu dalam menyemlamatkan mangsa banjir. dan ukhuwah aku bersama ROCAN semakin erat dengan berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi. sungguh, mereka ini adalah orang2 yang tabah dijalan Allah, tabah dengan halangan, ujian Allah. akhi Adi, sebagai ketua kumpulan, akhi Ijat, memberi pandangan, akhi Zul, banyak memberi penerangan, perkongsian. sungguh, aku bersyukur.

malam itu, sedikit perkongsian daripada akhi Rashdan, pensyarah dari UPNM. Masha Allah, sinar dalam hidayah Allah. seorang yang memulakan tarbiah dalam usrah, ketika di luar negara. seorang yang berjihad dijalan Allah, yang bermula dari satu titik, menjadi salah satu dai'e di jalan Allah. tersentuh hati aku, dalam menyatakan, setiap manusia mempunyai cerit sendiri, dalam mengorak langkah berjalan ke cahaya Allah. aku rasa seperti mereka sedang bergerak ke jalan Allah, dan aku dibawa sekali bersama mereka. masih ada lagi sinar dalam aku mengorak daripada merangkak, dan berjalan.

semakin kecil kelompok Islam tersebut, semakin kuatlah hati, semakin tinggi iman dalam mencari keredhaan Allah yang selama ini, hilang dek peredaran masa. dibelenggu oleh nafsu, duniawi.

################################################################################

keesokkan pagi, seusai solat subuh, akhi sharifuddin mengambil tempat. akhi sharifuddin menyampaikan sedikit kata2, bagaimana dia memulakan langkah di dalam tarbiah. Masha Allah, dugaan itu datang dalam bermacam arah. namun, penyampaian akhi sharifuddin menyentuh hati, yang teah keras selama ini. sungguh, jika kita cuba untuk mengubah diri ini, maka Allah akan mengubah hati ini.

aku rasa sangat bersyukur, kerana Allah telah mengerakkan hati ini, telah tulis di luh mahfuz untuk berjumpa dengan ikhwan2 ini. akhirnya, aku merasakan bahawa, masih ada lagi mereka yang baik, yang sanggup menghulurkan ukhuwah, yang selama ini aku cari. sungguh pengalaman hujung minggu itu adalah yang terbesar dalam diri aku. berbaloi meninggalkan kampus sementara, kerja, projek. sungguh inilah dinamakan kasih Allah.

bilakah akan bertemu kembali?? mampukah aku bertahan dalam mengorak langkah?? sungguh aku rindukan semua ini. semua ini di dalam perancangan Allah. Allah tentukan segalanya. terima kasih #MUNTIJ'15. ada hikmah dalam aku tertanya pada fikiran aku, inilah yang aku cari, inilah yang mengisi kekosongan hati selama ini. Masha Allah, Alhamdulilah, SubhanAllah. maafkan ana ikhwan sekalian jika ana tidak bertegur sapa, ana banyak mendiamkan diri. ana akan belajar dari titik ini untuk berubah. doakan ana.


p/s:inilah yang dinamakan kemanisan iman. ukhuwah yang terjalin dengan terus berjalan di atas jalan Allah, In Shaa Allah

Comments

Post a Comment

Popular Posts