Skip to main content

Featured

constant reiteration

Actually I don't even know why I feel all of this, why I feel this heaviness in my chest, like everything feels not right. The urge to just go beyond the thongs that is worse, it's worsening day by day. You know that's it's there in your head  the loudness in this silence. I know there's chances but I don't feel safe at all. I'm still trying, trying my best, and I know it's so stupid because I couldn't talk to anyone, like I was asking for the attention, like whatever I feel it's just another fool need attention.  I'm sorry that actually I try to reach everyone and yet I couldn't do that, I froze myself and the voices really loud in my head, I try to be there for anyone and yet I can't even hold myself, I lost my own grip to grasp the reality and stand where I standing. I lost everything, I just look at myself broken and shattered slowly, and I couldn't even do anything, what the fuck am I sad for? Like seriously I thought I'm...

Gajet

Assalammualaikum


Alhamdulilah ak masih lagi bernafas. macam tak kena kenyataan semua ni dengan tajuk. walaupun sejak akhir ni ak mcm dah mula nak melaghoo. hahaha. mcm yang ak katakan. hidup kita tak selalunya sempurna. tak selalunya diredhai. tak selalunya mudah. ujian daripada Allah akan tetap kita hadapi. Allah nak tenguk sama ada kita masih ingat kepada-Nya ataupun tidak. Allah sedang menguji iman kita.


aku pun mcm dh mula nak melupakan tabiat ak iaitu membaca buku. hahaha. melambak buku dikumpul tapi tak dibaca lagi. Allah kekadang tarik nikmat kita tatkala kita sedang leka, sedang alpa, sedang lupa akan kehadiran Allah yang sentiasa beri kita kekuatan untuk hadapi dugaan. kehilangan bagi ak masa tu memang sakit. tapi bukan kerana ak tak sayang. cuma ak terkenangkan ibu ak. yang susah payah nak memberi ak benda tu.


masa kehilangan tu ak sedih juga. sebab ak sayangkan benda tu bila mana ibu ckp yang itu adalah yang terakhir berada ditangan ak. cuma Allah nak tarik supaya ak sedar daripada lamunan ak selama ini. supaya ak kembali ingat pengorbanan. segala kepenatan. dan juga Allah nak tunjukkan siapa kawan kepada ak. masa itu jugalah ak memikirkan hikmah disebalik semua yang berlaku.


ibu ak tentu lagi sedih cuma kena redha dengan ketentuan Allah. belum sampai lagi rezeki untuk merasa. rezeki untuk orang yang mengambil. mungkin ak dah ambil rezeki orang lain. sedih memang sedih namun itu semua kuasa Allah. siapa ak untuk tentukan boleh ke tidak. jadi ak hanya mampu redha. semoga Allah memberikan hidayah kepada yang mengambilnya. rezeki Allah luas. rezeki ad dimana2. cuma kita hanya perlu berusaha, berdoa dan tawakal.


cuak tak cuak upu pun dah nak keluar. nak tak nak ak kena redha juga sebab inilah hasil usaha ak selama ak belajar. jadi doakan yang terbaik. dan menjadi insan yang lebih berguna dengan hikmah kehilangan semua ni. ak lebih menghargai kehidupan seorang ibu, seorang ayah, persahabatan, kasih sayang. semua itu hanyalah pinjaman Allah kepada aku. supaya ak lebih buka mata untuk hadapi semua ini. tak semestinya apa yang kita ada sebenarnya kita betul2 redha dan syukur dengan semua itu. sebab tu Allah nak tarik nikmat tu. untuk celikkan mata ak.


video ni pun ak jumpa dalam blog lain. semasa sedang merantau ke blog lain ak terjumpa yang ini. betul juga sebab bila kita berhadapan orang, benda yang lebih ditumpukan adalah gajet yang ada ditangan. padahal depan mata. ak sendiri terasa juga sebab benda ini yang ak buat. lepas ni, selepas kejadian kehilangan ni ak harap perubahan iaitu lebih menghargai mereka yang realiti daripada yang maya.


letak gajet anda ditengah tak kira lah nak buat menara berkembar ke nak buat Menara Eiffel. sekurang2 nya kita mengurangkan gangguan maya ketika kita bersama mereka yang lain. itulaah cara yang terbaik. daripada melayan gajet semasa mereka didepan baik makan minum sendirian.

berjela pula malam ni. cuma untuk peringatan diri sendiri bahawa Allah sentiasa ada tak kira dimana sahaja ak berada. Allah sentiasa mendengar apa saja yang ingin kita luahkan. sebenarnya Allah rindu nak dengar kita mengadu kepada-Nya. Allah rindu nak dengar tangisan kita, mendengar kesyukuran kita.

Assalammualaikum. Ya Allah, please take good care of them for me. Look after them when i cant see any of them with my eyes nor my heart. Love them. Give them happiness. Give them joyful.

p/s:semoga selepas ini lebih berhati2 dan sentiasa bersyukur dan tabah menghadapi dugaan Allah.


Comments

  1. aimaaan. you are so inspiring.
    true or not, gadjet memang melalaikan..
    about upu, let's pray for the best . moga dapat apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  2. gajet buatkan ak lalai dengan orang yang ak sayang selama ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts