o.bliv.i.on, the condition or quality of being completely forgotten. this blog exist as an alternative to look at past mistakes and fix the problem at the present time. dont believe in tomorrow, sorry.
Actually I don't even know why I feel all of this, why I feel this heaviness in my chest, like everything feels not right. The urge to just go beyond the thongs that is worse, it's worsening day by day. You know that's it's there in your head the loudness in this silence. I know there's chances but I don't feel safe at all. I'm still trying, trying my best, and I know it's so stupid because I couldn't talk to anyone, like I was asking for the attention, like whatever I feel it's just another fool need attention. I'm sorry that actually I try to reach everyone and yet I couldn't do that, I froze myself and the voices really loud in my head, I try to be there for anyone and yet I can't even hold myself, I lost my own grip to grasp the reality and stand where I standing. I lost everything, I just look at myself broken and shattered slowly, and I couldn't even do anything, what the fuck am I sad for? Like seriously I thought I'm...
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Mahalnya segulung ijazah
Assalammualaikum Alhamdulilah ak masih bernafas lagi. ini ad sedikit pedoman untuk diri sendiri. Kalau ditanya senang ke nak genggam segulung ijazah , ada yang kata senang ada yang kata susah . Pada aku ianya merupakan satu benda yang sangat bermakna. Dari permulaan , pertengahan dan pengakhirannya. Kerana aku mengalami detik detik yang aku katakan sangat sedih sehingga sekarang , hanya syukur kepada illahi yang mampu aku ucapkan. Pada aku , segulung ijazah yang aku genggam sangat mahal nilainya tapi mungkin tidak pada sesetengah graduan yang lain.
Permulaan mahalnya ijazah aku dimulakan dengan kisah sedih , seminggu sebelum aku mendaftar sebagai pelajar "bachelor" , nenek (merupakan emak kepada ayah aku) telah meninggal dunia. Ditambah pula dengan perasaan hiba aku yang langsung tak berkenan mendapat tempat pengajian jauh di utara. Perjalanan dari selatan tanah air (Jjohor Bahru , Johor ) ke semenanjung utara ( Sungai Petani , Kedah) membawa satu perasaan sedih dan benci kerana aku dicampak jauh ke utara. Tapi perasaan benci itu bertukar menjadi keinginan untuk merasai hidup sebagai perantau yang akhirnya membawa kepada banyak kisah suka duka sepanjang pengajian aku disana. Ianya memakan masa lebih kurang 2 tahun setengah dimana setengah lagi , aku menjalankan latihan industri di Johor Bahru.
Di pertengahan cerita aku, hari dimana aku sepatutnya pulang ke Johor Bahru untuk cuti semester 2 yang panjang bertukar sedih apabila pagi subuh sebelum aku bertolak, aku mendapat berita sedih dimana atuk (bapa kepada ibu aku) telah meninggal dunia. Nah , sekali lagi perasaan sedih itu datang kembali. Pada ketika itu , aku pulang bersama dengan dua orang kawan aku dan mereka berasa pelik sehingga berkata , "kau dah kenapa alim sangat Ain , siap pakai baju kurung" Lalu aku menjawab , "atuk aku meninggal, aku kena terus ke Melaka". Pelbagai macam kisah berlaku sepanjang perjalanan cukup sekadar aku katakan pelbagai macam dugaan darinya terjadi kepada kawan aku namun alhamdulilah ,walaupun aku tak sempat melihat wajah arwah atuk aku pada akhir kali, cukup sekadar aku selamat sampai ke Melaka.
Di pengakhiran cerita aku , astagfirullah... Jika pada saat setiap kali aku teringat kronologi cerita itu , pasti bengkak mata aku menangis meratapi dia yang telah tiada. 17 november 2013 , mungkin tarikh itu tarikh yang sangat bermakna pada rakan rakan aku yang menghadiri majlis konvokesyen, tapi tidak pada aku. Tarikh itu, pada saat itu, diri aku secara formalnya telah bergelar graduan ijazah dan secara "official" juga , diriku bergelar anak yatim. Ibu aku telah pergi menghadap ilahi tepat azan zohor. Sedih. Terduduk . Menangis separuh gila . Tak percaya . Meraung raung aku di hospital berkata , "Ain tak percaya, Ain tau ibu kuat." Kakak saudara aku peluk aku dengan kuat berkata, "Ain, ain kena kuat, ain jangan macam gini , kesian dekat ibu.. Dah , jom kita tengok ibu ye". Disaat aku melihat sekujur tubuh yang tidak langsung bernyawa , aku kuatkan hati dan janji aku pada ketika itu , "Ain akan terus kuat macam ibu". Hiba . Sebak. Aku tak sempat nak bersama dengan ibu disaat saat ajalnya kerana aku dalam perjalanan dari rumah pakcik ke hospital. Tapi , aku tak pernah langsung pertikaikan kenapa semuanya ini terjadi. Kenapa aku dipilih ? Kenapa begitu cepat ALLAH ambil dia disaat aku membawa kegembiraan pada dia. Namun, siapa kita nak persoalkan kerja Dia yang Maha Esa. Malam sebelum arwah ibu pergi , dia nangis sambil pandang aku, "Ibu minta maaf sebab ibu tak dapat pergi konvo ain" . Ibu pergi sehari sebelum hari aku menerima segulung ijazah iaitu pada 18 november 2013 . Selesai sahaja semuanya , jenazah di bawa dari Melaka ke Johor Bahru , pakcik dan makcik aku memujuk "Ain nak tak konvo ? Mak uda dengan pak uda boleh temankan sebab mak uda memang kena balik KL malam ini , boleh singgah Shah Alam" , aku dengan tenang menjawab "Ain tak cukup kuat untuk berada disitu" . Oh ,aku memang belajar di UiTM Merbok , Kedah tapi konvo di Shah Alam kerana kampus aku tak menyediakan sidang konvokesyen. Satu lagi , kenapa aku di Melaka kerana pada ketika itu saudara aku melangsungkan hari perkahwinannya. Nah , satu kesyukuran disitu pabila ibu pergi dan adik adiknya berada di samping dia. Sampai di Johor Bahru juga kelihatan penuh sesak sampai ke tanah perkuburan , mereka datang memberikan penghormatan terakhir.
Sebelum detik detik pengakhiran itu , sewaktu di semester 5 , aku hampir hampir untuk "extend" dari mengambil "final exam" . Ibu jatuh sakit tepat pada saat aku tengah dalam mood "study week" sehingga aku sendiri nak balik ke JB. Tapi dihalang oleh ayah dan abang aku. Rupanya , ibu aku berada di ICU pada waktu itu sehinggalah sehari sebelum "first paper" aku bermula. Bukan senang untuk aku hadapi pada ketika itu, housemates aku semuanya pulang , aku keseorangan study , setiap kali nak buka buku, aku menangis , sehinggalah aku bermimpi , ibu berkata, "ain study elok elok tau. Jangan risau. Ibu tak apa apa" .
Personal nota aku sewaktu ibu di ICU , sebenarnya aku langsung tak tau ibu di ICU sampai aku dah habis semester itu dan balik JB , aku baru tau . Kuatnya ibu pada waktu itu.
Dua bulan sebelum 17 november itu ,aku kerap kali terfikir "macam manalah hidup aku kalau ibu dah tak ada? Mesti meroyan macam orang gila " . Aku juga merasakan begitu dalamnya lagu , "Bukan Milik Kita" nyanyian Sitxh Sense . Ianya seakan akan memberi petanda bahawa aku seharusnya membuka hati dan menerima perkhabaran ini dengan redha dan tabah.
Personal "Moment WeChat" aku - 26sep , 2 bulan sebelum ibu pergi
"Menangis tak kala aku mendengar lagu ini". Bukan promosi , tapi kau fahami liriknya , kau hayati video nya.
Adakala ada yang tanya pada aku , "Ain, aku tak tau macam mana kau boleh kuat untuk hadapi semua ini " . Dengan tenang aku akan jawab , "Kau akan kuat bila kau dah hadapinya. Its come naturally. Aku tak kuat. ALLAH yang berikan kekuatan itu". Seminggu lebih semenjak arwah ibu pergi , aku langsung tidak boleh melelapkan mata . Setiap kali aku cuba , aku sering dibayangi dimana aku diberi pilihan , "sama ada untuk terus kuat atau menyalahkan takdir". Aku buka mata , dalam dalam aku serap kata kata aku dalam dalam aku nak kata kata aku serap terus dalam hati , "aku tak kan give up untuk terus hidup , aku nak jadi kuat macam mana ibu kuat , macam gitu aku kena kuat".
Sebab itu aku katakan , mahalnya segulung ijazah aku. Aku terpaksa kuatkan hati untuk tempuh 3 fasa cerita ini. Kalau ditanya kuatnya aku untuk hadapi semua ini , lagi sekali jawab aku ini semua kerja ALLAH. Dia yang berikan kekuatan ini. Aku agak emosi , bila mereka yang bergelar pelajar tidak serius dengan tanggungjawab yang mereka tengah hadap itu. Skip kelas , guna duit ke arah benda yang bukan bukan , tak sungguh habiskan pelajaran , tak pasang niat mereka kenapa mereka belajar semua subjek itu.
KAU ! ye kau ! yang baca ini , jika kau tengah belajar , laksanakan tanggungjawab kau sampai habis . Jangan main main . Jangan kecewakan harapan terutama ibu ayah serta keluarga kau. KAU yang mungkin masih ada IBU , janji pada diri kau , kau akan jaga dia sehingga akhir hayatnya. Jangan bagi dia nangis , sebab PELUANG itu cuma SEKALI di dunia. Jangan sia siakannya. KAU yang senasib dengan aku , walaupun kita sudah terlepas peluang itu , kita masih ada peluang . Ingat kah engkau tentang 3 perkara itu ? 3 perkara itu : Sedekah dan amal jariah , Ilmu yang dimaanfaatkan dan yang akhir itu DOA ANAK YANG SOLEH. Makanya , jangan kau dan aku putuskan yang terakhir ini , sentiasa doa untuk dia , bacakan yassin dan khatamkan Al-Quran untuknya dan sentiasa melakukan amal kebaikan . Itu jaminan , Insyallah , bertemu di pintu syurga bersama dia. Kelip-kelip disangka api, Kalau api mana puntungnya?, Hilang ghaib di sangka mati, Kalau mati mana kuburnya? AKU? Insyallah , setiap hari aku akan ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif , Johor Bahru untuk menziarahi ibu aku. Aku tak pedulik orang nak kata aku gila hari hari nampak aku ke kubur . Itu sememangnya dapat menambahkan lagi kekuatan dalam diri ini . Oh , terakhir kali yang mampu aku kata , "Kau tak kan pernah rasa apa yang aku rasa sehingga kau kehilangan orang yang kau sayang , nah , pada saat itu , aku mohon kau turut sama kuat , kuat untuk terima hakikat sebenar". Lagi aku pesan , mungkin pada mereka yang kenal aku selalu nampak aku gelak , ketawa , macam orang tak ada masalah , sebenarnya aku pendam, cukup sekadar aku memilih mereka yang terpilih untuk tau kisah hidup aku , tapi tentang ini , aku nak kau dan kau tau, aku tak rahsia sebab ini kisah realiti sebenar , dan jangan tanya aku kenapa senyum dan ketawa aku dah tak sama macam dulu , jawapannya sudah kau baca.
"AKU ceritakan ini bukan untuk bangga mahalnya "degree'' aku , tapi untuk memberikan peringatan , KAU, AKU , KITA manusia PASTI akan merasai MATI itu"- Nur Farahain- akuainkausiapa.blogspot.com
MashaAllah, dalam pada kisah-kisah keriangan mendapatkan segulung ijazah, ada yang lagi banyak ujian dan dugaan daripada kita. Thanks for sharing.
ReplyDelete