Skip to main content

Featured

constant reiteration

Actually I don't even know why I feel all of this, why I feel this heaviness in my chest, like everything feels not right. The urge to just go beyond the thongs that is worse, it's worsening day by day. You know that's it's there in your head  the loudness in this silence. I know there's chances but I don't feel safe at all. I'm still trying, trying my best, and I know it's so stupid because I couldn't talk to anyone, like I was asking for the attention, like whatever I feel it's just another fool need attention.  I'm sorry that actually I try to reach everyone and yet I couldn't do that, I froze myself and the voices really loud in my head, I try to be there for anyone and yet I can't even hold myself, I lost my own grip to grasp the reality and stand where I standing. I lost everything, I just look at myself broken and shattered slowly, and I couldn't even do anything, what the fuck am I sad for? Like seriously I thought I'm

......


assalammualaikum

okay, aku tak tahu kenapa aku nak tulis kali ini. it is more kepada Q&A, soalan dan jawapan. tapi jawapan lebih tertakluk kepada pandangan masing-masing. sejak kecil, macam-macam dugaan, macam-macam halangan yang kita hadapi. ujian yang didatangkan bukan kerana Allah tak suka kita, tapi kerana kita kuat, Allah nak tunjukkan tanda kasih sayang Allah.

bermakna kita ingat pada Allah. mana ada suatu kejayaan itu datang dengan mudah. perlu usaha, perlu gigih, perlu kesungguhan, perlu dedikasi, perlu tanggungjawab.




Life is a climb. But the view is great.
-Hannah Montana : The Movie-




dan waktu itu tanpa sedar kita akan mengeluarkan soalan, 'kenapa semua ni berlaku', 'apa semua ni', kenapa itu, kenapa ini, kalaulah itu, kalaulah ini. sebab itu juga, aku tak masukkan tajuk sebab aku tak tahu apa yang korang akan bagi tajuk untuk entri kali ni. okay. setakat ini, aku masih lagi menidakkan kemungkinan aku ni kuat, tabah, dalam hadapi semua masalah. aku tak patut cerita dan kisah.



waktu aku kecil, aku pernah tertanya pada diri aku. kenapa aku diwujudkan didunia ini? kenapa aku perlu bersedih hati sebab orang tak nak berkawan dengan aku? atau sebaliknya. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini? kenapa itu dan kenapa ini, membuatkan aku jadi tak betul sementara.



yes, waktu itu pendedahan aku terlalu sikit. sehingga sampai waktu Allah hantarkan seorang demi seorang, untuk buka mata, bukan setakat mata yang bercermin mata, malah mata hati. Allah hantar seorang, Allah tarik seorang bukan kerana Allah tak suka kita, tapi tanda Allah nak beri kekuatan pada kita, kesedaran, bahawa Allah tunggu untuk kita.



memang kadang aku lupa untuk bersyukur, yes, soalan untuk ini, kenapa kawan pergi? kenapa aku rasa sakit hati tengok dia gelak dengan orang lain? yes. kadang aku susah nak hadap, tapi reda dengan Qada' dan Qadr Allah, itu yang penting. Allah tak lihat pada natijahnya, tapi Allah lihat pada perjalanan kita dalam menjalani kehidupan. aku rasa, dah berapa banyak orang dah, fikirkan, macam mana nak bagi aku ni reda dengan segala ketentuan Allah. thanks guys, sebab tak pernah putus asa dengan aku.




yang sibuk dengan nak marahnya, nak bagi kuat hati, yang sibuk nak layan aku walaupun busy, yang sibuk nak tegur aku, yang sibuk sabar dengar bebelan aku (orang kuat bercakap) yes, no doubt, family aku yang pertama sentiasa dengar masalah aku. kemudian kawan-kawan aku, yang sanggup tunggu aku sampai habis nangis. ya, aku juga nangis bukan sebab aku kuat menangis, tapi aku lepaskan beban yang lama aku simpan.



dan dengan disebabkan oleh kawan jugalah, hidup aku boleh diatur semula, disusun semula. In Shaa Allah in the right path. cuma, kadang aku ni jadi masalah, dulu, aku terlalu memikirkan orang lain, sebab nak bahagiakan orang lain. aku suka meyatakan betapa sedihnya hidup aku, betapa sukarnya perjalanan hidup aku, betapa peritnya hati tanggung sakit, betapa sakitnya melihat orang lain bergembira tapi bukan dengan aku, yes, aku lupa untuk melihat kebawah dan kebelakang.

melihat pada yang telah terjadi pada orang lain, mengambil hikmah dalam setiap masalah, kesukaran, kesakitan. itu tanda Allah masih sayangkan aku, untuk tarik aku pada jalan yang betul. aku terlalu mementingkan diri sendiri, sampai aku makan hati, dan memakan diri balik atas sikap aku.



okay secara jujurnya, benda yang korang patut takut dengan aku adalah, aku boleh jadi cemburu. dan itu bodoh. cemburu boleh jadi akhlak yang tidak baik. perkara kecil, kalau dengan kawan, aku boleh besarkan. aku tak tahulah macam mana korang hadap perangai aku ni. serious. kalau nak tahu, dengan korang bahagia pun, aku boleh pendam. apalah buduhnya aku ni.




seriously guys, from deep of my heart, aku betul-betul minta maaf. dan aku masih lagi belajar dari entri lepas aku, kesilapan aku.




keputusan untuk stay ataupun pergi bukannya dibuat tanpa hikmah oleh Allah, tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik. cuma aku yang susah untuk menerima segala kemungkinan. sebab aku takut. yes, aku takut pada kehilangan. dan itu tak sepatutya berlaku dalam diri aku. dan ini juga merupakan salah satu sikap mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain. aku perlu jadi lebih matang dalam membuat keputusan, perlu bijak dalam uruskan masalah aku, tak pentingkan diri sendiri.








Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.
-Albert Einstein-




p/s : up and down. itulah kehidupan. kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. terima kasih kerana sudi membaca. maaf menganggu

Comments

Popular Posts