Assalammualaikum
aku tak tahu topik ni aku pernah keluarkan ke tidak. so, aku gunakan kekuatan dan juga kewarasan diri untuk post story ni. Hadith Open Mic merupakan salah satu cara untuk menyampaikan kisah yang disampaikan oleh setiap orang yang ingin berkongsi tentang hadith yang memberi impak besar dalam kehidupan mereka atau hadith yang mereka pegang dan dijadikan sebagai amalan hidup.
patut rasanya aku tak perlu keluarkan topik ni tapi bagi aku menariknya nak bincangkan topik ni pun datangnya dari rancangan itu. well said that, topik ni kiranya umum. semua yang ada atas bumi ni, bersahabat, berkawan, kiranya, ia memang dekat dengan diri kita. sahabat merupakan cerminan kepada diri kita sendiri, dalam menilai sifat-sifat diri kita. sahabat-sahabat yang baik, maka In Shaa Allah baiklah dirinya dan sebaliknya.
secara jujurnya, memang aku pun selalu mempertikaikan persoalan ni dalam diri aku, kadang aku jadi lupa diri sementara. memang susah nak nyatakan, sebenarnya sahabat kita yang sebenarnya, ada dengan kita sentiasa, keluarga kita. bila aku fikir balik, dengan siapa aku banyak bercerita, mengadu masalah, tentu ibu aku. dan aku lupa tentang hal itu, kerana alpa dan sibuk mencari sedangkan yang ada di depan mata itu pun aku kabur.
keluarga, mereka orang yang menyambut kita, waktu kita terjatuh dalam perjalanan hidup. sentiasa berdamping pada kita, beri kekuatan. sesusah manapun hidup kau, keluarga kau sentiasa memegang tangan kau, menjadi tulang belakang kau, untuk jadikan manusia sebenar.
sebenarnya, benda yang aku sendiri risaukan, hilang sahabat. well said, the one that to be used to us, hilang atau tiada lagi, tentu kita sedih. mesti semua pernah dengarkan ayat, " anak bertanya kepada emak 'emak, redha tu macam mana?' emaknya membalas 'bila emak sudah tiada, kau akan tahu erti redha tersebut' "
aku pernah, berusaha untuk dilihat kawan-kawan aku, aku kumpul sebanyak mungkin, aku jadi tamak sangat. bagi aku, kau ada ramai kawan, kau orang yang hebat. tapi, alhamdulilah, aku turunkan pada aku macam-macam ujian untuk buka mata aku, melihat kebenaran, walaupun aku masih buta tuli waktu tu. aku tak sedar bilamana kau dipijak kawan sendiri, tikam belakang, buka aib kau. Allah akan tunjuk satu-satu, kau memang akan sedar.
Best Friend Forever (B.F.F) - okay, ayat ini dulu, aku asyik nak sebut, sebab yalah siapa tak bangga kan, tapi, setiap kali aku buat macam ni, memang aku mengambil langkah yang salah. sebab mereka takkan sentiasa ada untuk kita. mereka juga ada dunia masing-masing. aku didik diri aku, untuk tidak menjanjikan diri dengan perkataan tersebut, tidak meletak harapan. sebab, jika dia adalah sahabat baik kita, BFF kita, yes, hanya kita sahaja yang tahu.
sebab, tidak semestinya, balasan yang sama akan kita dapat, mungkin kita bukan BFF mereka, mereka punya yang lain. that's why, jangan meletakkan harapan pada manusia. pengalaman banyak didik aku, walaupun dengan berat, tapi setiap pemberian Allah, ada hikmahnya. mengikut kepada PU Razi, kawan sebenar-benar kawan, sahabat, sebenar-benar sahabat, bilamana, dia tiada kita gundah gulana, dan bilamana dia ada, kita sentiasa bahagia, dan membahagiakan.
Sabda Rasulullah : " Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah, bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat"
-Hadis Riwayat Ahmad-
sementara ibu bapa kita ada, keluarga kita, marilah kita hargai mereka, kerana perjanjian dan takdir Allah itu pasti akan datang bila sampai waktunya. aku menulis blog ini bukan untuk saja-saja menulis, tapi aku juga manusia yang tidak sempurna, dan sentiasa melakukan kesalahan. sebenarnya, ayat sahabat ni, memang aku boleh katakan, menjadi pemberat dalam diri aku. kawan memang senang kau nak dapat, but yang betul-betul sahabat, yes, memang susah kau nak jumpa. kadang tanpa sedar. yang setia dengan kita, one in million, mungkin?
sahabat, punya rasa tanggungjawab dengan kita, yes, mereka yang boleh menentukan kita, menarik kita pada jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah. they the one, yang memberi kata-kata positif. dulu kalau aku lupa diri, semua adalah sahabat baik aku. tapi pertukaran masa, membuka mata kau, untuk melihat kebenaran sebenar, yang kekal dengan kau sampai sekarang, yang support kau sentiasa. yang dengar bila kau bebel panjang-panjang, itu dari kata diri aku.
life doesn't about ourself, ianya tentang keadaan keliling. terima kasih, pada yang masih kekal, yang masih sudi berkawan dengan aku, yang sudi dengar bebelan aku, yes thanks sebab Allah hantar korang untuk aku. bersahabat dan bersaudara. tutup mindset mengatakan, sahabat adalah diluar skop keluarga. Nabi Muhammad sendiri pernah berkata, sahabat-sahabat Baginda seperti bintang di langit.
ukhuwah Islam, memupuk kepada persaudaraan. nak berkawan, bersahabat, memang ini sampai ke syurga. Nabi Muhammad berpesan, bila kita bersahabat, berukhuwah, Nabi berkata :
1. jangan marah-marah
2. jangan kamu hasad
3. jangan kamu paling
4. jangan kamu putuskan silaturahim
5. kamu jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara
In Shaa Allah, amalkan lah, inilah matlamat, matlamat yang jelas dalam bersahabat. Rujukan sahabat, jadikanlah Nabi Muhammad bersahabat, sebagai contoh dalam hidup kita. aku, In Shaa Allah, terapkan persepsi sahabat ini. saling melengkapi adalah bukan benda yang dibincangkan semua kena sama, tapi perbezaan, itu pelengkap dalam persamaan. Formula bersahabat, ilmu baru ni, hahaha :
1. mempunyai matlamat, maka
2. lahirlah persaudaraan, then
3. ada keselarasan dalam berfikir
okay, aku rasa cukup sampai sini saja bebelan aku, cara untuk kurangkan kesesakan orang lain, dengan aku dok cerita panjang-panjang. hidup, perlu diselami, untuk kenal diri sendiri, kenal Allah, kenal Islam, kenal asal-usul diri. bagi aku, ini topik berat yang aku pernah bercerita. maafkan atas kepanjangan ini, kesalahan diri ini.
p/s: apa-apapun dalam diri ini, semuanya bermula dengan satu titik, yang dijadikan sebagai permulaan segalanya.
Comments
Post a Comment